HOME | OCS SYNERGY | PROMOTION | ABOUT US


\

Korea Selatan No. 1 Capaian Internet ke Rumah Terpantas di Dunia - 1Gbps

Seoul- Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambungan Internet terpantas di dunia – terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baik lagi pada tanggapan kerajaan Korea Selatan.

Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan ’1Gbps’…1 gigabit per saat.

Itu akan menjadi sepuluh kali ganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat. 

Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan. Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar ₩30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.

Berikut adalah senarai 10 teratas negara-negara yang memiliki keupayaan capaian internet terpantas di dunia untuk ke rumah-rumah. [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut :

1. South Korea – (95 percent)
2. Singapore – (88 percent)
3. Netherlands – (85 percent)
4. Denmark – (82 percent)
5. Taiwan – (81 percent)
6. Hong Kong – (81 percent)
7. Israel – (77 percent)
8. Switzerland – (76 percent)
9. Canada – (76 percent)
10. Norway -(75 percent)

Fuyoooo.... kalau nak dibandingkan, kemudahan sambungan internet di Malaysia masih jauh ketinggalan. Sebagai contoh di bandar Muar amat sukar untuk melanggan sambungan internet [streamyx tmnet] pada kelajuan 2Mb… paling laju sekadar 1mb saja. Kalau di Sabah, jauh sekali la sebab Malaysia Timur.

Di kawasan bandar besar pula maksimum 4mb… Negara jiran Singapura sudah capai 8mb untuk sambungan ke rumah. Dalam keadaan cam ni pun ada hati PM nak kasi emel free. Yang dah ada pun berlambak tak habis nak pakai.

Ranking untuk "Household Download Index",  tempat pertama adalah Korea Selatan dengan 33.95 Mbps. Malaysia di tempat ke-92 dengan 3.17Mbps, jauh ketinggalan di belakang Vietnam yang berada di tempat ke-41 dengan 8.35Mbps.


Anda boleh klik link ini http://www.netindex.com/download/allcountries/ untuk lihat ranking negara2 lain.

1 comment:

  1. Denmark #4? Hmm may be betul kot, sebab kat sini internet memang laju!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...