HOME | OCS SYNERGY | PROMOTION | ABOUT US


\

Bagaimana menjana pendapatan dengan Facebook, Twitter, Blog, Friendster, eBook, dll...

Bagaimana anda menjana pendapatan melalui internet ? Nak guna internet mesti ada satu medan atau platform yang sesuai dan juga sering dikungjungi orang ramai. Trend sekarang lebih ramai yang beralih kepada FB @ Facebook untuk memasarkan produk mereka atau mengiklankan sebarang bentuk perkhidmatan dari yang kecil sampai la besar, dari yang baik hingga kepada penipuan.

Dalam dunia ni bermacam - macam ragam dan gelagat manusia dalam mencari DUIT.... DUIT adalah raja segalanya. Jadi tak kisahlah kalau berlambak penipuan di internet asalkan DUIT masyuk. Perkhidmatan atau barangan yg ditawarkan tak la seberapa sangat kalau nak dibandingkan dengan DUIT yang terpaksa dilaburkan oleh mereka yang ingin mengejar kemewahan dengan cepat.

Saya sendiri pernah mencuba beberapa skim yang ditawarkan di internet. Skim pelaburan, skim perniagaan, skim perkhidmatan, dll skim lagi la... Tapi apa yang penting, usaha. Tak ada ada kejayaan tanpa usaha. Walau menawarkan skim perniagan tipu sekalipun, kena ada usaha. Memang cepat kaya dan mewah tapi hanya untuk sementara sahaja. Kekayaan yang tak kemana.

Jadi, sesiapa yg ingin masuk ke bisnes internet ni, salah satunya ialah kena ramai kawan. Kena ada "link" dengan orang2 tertentu supaya perniagaan cepat berkembang. Tak usah malu untuk menawarkan bantuan atau memberitahu kita berniaga melalui internet. Jangan cuba untuk berselindung dengan pakej yang tah apa2. 
 
Kita kena ikhlas...

p/s : Apo yang eden merapu neh...? Ni sebab boring la nih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...