HOME | OCS SYNERGY | PROMOTION | ABOUT US


\

SKMM sekat 10 laman web untuk download ?


Dalam isu terhangat dunia maya Malaysia hari ini. Di mana sebanyak 10 laman web yang menjadi kegilaan kaki download telah di sekat oleh SKMM. Dan dengar-dengar khabar angin akan tercetusnya perang cyber diantara para hacker dan SKMM. Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Buat masa ini ini lah senarai laman web yang telah di block:,

http://www.warez-bb.com
http://thepiratebay.org
http://www.movie2k.to
http://www.megavideo.com
http://www.putlocker.com
http://www.depositfiles.com
http://www.duckload.com
http://www.fileserve.com
http://www.filetube.com
http://www.megaupload.com

Sumber : http://v12gether.blogspot.com 

Pendapat dari izamir ridzwan :
 
Dalam banyak-banyak website diatas, tiada satu pon website tuut tuuut tuut.. Sedangkan aku rasa kat Malaysia ni still ada laman web lucah yang masih boleh diakses. Dulu kata nak sekat. Ya aku sokong memang diorang dah sekat. Tapi still boleh akses ke beberapa laman web lucah tersebut. Nak aku bagi link.? Tak payah lah yer.

Rasanya SKMM mintak ISP sekat laman web tersebut sbb melindungi hak cipta dan menghalang amalan cetak rompak.. Sebab yang lain pulak, kerajaan tak dapat cukai daripada aktiviti sebegini.
Kalau disekat laman web ni, rasanya ada banyak lagi laman web yg menawarkan servis muat turun yang kita sendiri tak tau. Kaki download tegar pun guna application downloader yang mana ianya boleh mencari sumber² secara automatik..

Pendapat aku, rasanya elok diorang sekat laman² web lucah dahulu sebelum menyekat laman² web yang lain sebabnya cuba korang tengok sekarang ni kes apa yang banyak berlaku.? Kes pembuangan bayi. Puncanya..?? Salah satu faktornya laman web lucah lah.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...